Tuesday, March 10, 2020

Keputusan SPM 2019


Majlis serahan slip SPM pada ketetapan berikut : 
Tarikh : 5/3/2020 (Khamis) 
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Surau sekolah. 

Tema : Baju batik warna biru

Atas permintaan PK1, pelajar T4 & T5 akan terlibat dalam majlis serahan spm nanti mulai 11.00 pagi.







Tahniah warga SAMPB di atas peningkatan GPS dari 4.22 kepada 3.99. SAMPB juga berjaya meletakkan diri pada ranking ke-6 dalam daerah Sabak Bernam. Syukur Alhamdulillah.


Monday, April 1, 2019

KEPUTUSAN SPM 2018

Keputusan SPM 2018 telah mencatat lonjakan saujana. Tahniah kepada semua warga SAMPB.
SAMPB telah mencatat GPS sebanyak 4.22 berbanding 4.70 berbanding tahun 2017.
gambar sekitar hari penyerahan keputusan.





Pelajar Cemerlang SPM 2018

Monday, February 18, 2019

Majlis Pemuafakatan Antara KPM dan PDRM



Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SAMPB

Kementerian Pendidikan mencadangkan supaya pihak polis meningkatkan kehadiran anggotanya yang dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di kawasan sekolah selaras dengan usaha mengurangkan kadar jenayah dalam kalangan murid dan pelajar.
Timbalan Menteri Pendidikan Chong Sin Woon berkata, penempatan anggota melalui program ‘omnipresence’ (berada di mana-mana) itu, akan menumpukan kepada sekolah ‘hotspot’ di seluruh negara.
“Selain guru besar atau guru disiplin, anggota polis yang berada di pagar sekolah pada waktu pagi atau sesi petang memberi mesej kepada pelajar dan murid bermasalah bahawa sekolah berkenaan turut dikawal anggota polis.
“Kehadiran polis beruniform boleh membantu persekitaran lebih selamat di sekolah,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dalam Memperkasakan Tugas Pegawai Perhubungan Sekolah di sini, semalam.

Sedikit ucapan dan amanat disampaikan oleh Tuan Inspektor kepada pelajar SAMPB

Selesai Perasmian oleh Tuan Inspektor dari IPD Sg Besar



Thursday, January 24, 2019

KEPUTUSAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) 2019


Pelajar Mumtaz & Jayyid Jiddan

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar SMA tahun 2018 kerana telah memperoleh keputusan yang cemerlang.

Semoga anda terus cemerlang di masa hadapan. Inshaallah..

MUMTAZ = 2 ORANG

JAYYID JIDDAN = 34 ORANG

JAYYID = 14 ORANG

MAKBUL = 17 ORANG

Monday, January 14, 2019

Apa maksud pembelajaran PAK21?


Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) merupakan pendidikan yang menitikberatkan pelajar aktif dalam pembelajaran. Dalam PAK-21, guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan pengurus bilik darjah supaya sesuai dengan persekitaran seperti di alam pekerjaan. PAK-21 lebih berpusatkan pelajar dalam setiap sesi pembelajaran.
Pada dasarnya, PAK-21 ini merupakan suatu pembelajaran yang menggunakan kaedah-kaedah terkini demi memastikan pelajar tidak pasif belajar di dalam kelas seperti zaman Pembelajaran “Spoon-feeding” atau suap sahaja semua info. Pelajar juga tidak lagi disuruh diam di dalam kelas, malahan pelajar Abad ke-21 perlu bergiat aktif di dalam bilik darjah sepanjang sesi pengajaran dan pemudahcara (PdPc) dilakukan. PAK-21 ini sangat penting untuk dilaksanakan kerana ia merangsang perubahan teknik pengajaran ke arah persediaan murid untuk menjadi asertif dan kompeten terutamanya dalam bidang pekerjaan kelak.
Three Stray One Stay








Senarai Bayaran Buku Tahun 2021